Kongsi page pendaftaran list (public signup page)
Setiap list dalam Mail Niaga mempunyai page pendaftaran awam (Public signup page). Kongsi link page itu di bio Instagram, status WhatsApp, e-mel atau poster. Orang ramai boleh melanggan list anda walaupun anda tiada laman web.
Tiga cara mengumpul subscriber
Section titled “Tiga cara mengumpul subscriber”Mail Niaga mempunyai tiga cara untuk pelawat melanggan list anda. Pilih cara mengikut tempat anda mahu mengumpul subscriber:
| Cara | Di mana | Sesuai apabila |
|---|---|---|
| Borang popup | Audience → Forms | Anda mempunyai laman web dan mahu borang muncul di atas page. Lihat Cipta borang popup. |
| Embedded form | Forms / Pages → Embedded form dalam list | Anda mahu paste kod HTML borang terus ke dalam page laman web anda. |
| Public signup page | Forms / Pages → Public signup page dalam list | Anda tiada laman web, atau mahu satu link untuk dikongsi. |
Dapatkan link page pendaftaran
Section titled “Dapatkan link page pendaftaran”Ikut langkah ini untuk copy link:
-
Pergi ke Audience → Lists dan buka list anda.
-
Klik Forms / Pages → Public signup page.

-
Copy link di Public signup page URL.

Setiap list mempunyai link sendiri. Pastikan anda membuka list yang betul sebelum link itu di-copy.
Apa yang pelawat lihat
Section titled “Apa yang pelawat lihat”Page pendaftaran menunjukkan nama list anda, list field seperti Email, First name dan Last name, kotak persetujuan terma dan butang Subscribe. Klik Preview untuk melihat page ini sebelum anda berkongsi link.

Secara default, teks page ini dalam bahasa Inggeris. Tukar teks dan rupa page supaya sesuai dengan jenama anda.
Ubah rupa page
Section titled “Ubah rupa page”Ikut langkah ini untuk mengubah page pendaftaran:
- Buka Forms / Pages → Public signup page dalam list anda.
- Klik Open builder untuk mengubahnya dengan builder, atau Use HTML editor untuk paste HTML anda sendiri.
- Klik Preview untuk menyemak hasilnya.
Butiran tentang builder, HTML editor dan Reset to default terdapat dalam Ubah page dan e-mel langganan list.
- Tukar teks default sebelum anda berkongsi link. Page default menggunakan teks contoh dalam bahasa Inggeris, jadi pelawat mungkin keliru.
- Gunakan satu list untuk satu tujuan. Link pendaftaran terikat pada satu list. Jadi list khas untuk satu kempen atau acara lebih mudah diurus.
Isu-isu biasa
Bagaimana orang boleh melanggan list saya jika saya tiada laman web?
Kongsi Public signup page URL list anda. Link itu membuka page pendaftaran yang Mail Niaga sediakan. Jadi anda tidak memerlukan laman web sendiri.
Di mana menu "Sign Up Form" dan "Sign Up Form URL" yang lama?
Menu itu sudah bertukar. Buka list anda, kemudian klik Forms / Pages → Public signup page. Link page itu terdapat di Public signup page URL.
Boleh saya menukar rupa page pendaftaran?
Boleh. Klik Open builder untuk mengubahnya dengan builder, atau Use HTML editor untuk paste HTML anda sendiri. Lihat Ubah page dan e-mel langganan list.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. Chat di Messenger dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
