Copy list
Copy list apabila anda mahu list baru dengan tetapan, list field dan template yang sama seperti list sedia ada. Contohnya, anda mahu list untuk webinar tahun depan yang sama seperti list webinar tahun ini.
Copy list
Section titled “Copy list”Ikut langkah ini dalam console Mail Niaga:
-
Klik Audience → Lists.
-
Klik butang … pada baris list yang anda mahu copy.
-
Klik Copy.

-
Dalam popup Copy list, isi New list name. Nama default ialah “Copy of” diikuti nama list asal.
-
Di bahagian Templates to copy, off-kan template yang anda tidak mahu copy (lihat di bawah).
-
Klik Copy list.

Selepas list di-copy, console menunjukkan “List copied successfully” dan list baru muncul di page Lists.
Apa yang di-copy
Section titled “Apa yang di-copy”Salinan list mengandungi perkara berikut:
| Perkara | Di-copy? |
|---|---|
| Tetapan list (nama pengirim, e-mel pengirim, Double opt-in dan lain-lain) | Ya |
| List field, termasuk pilihan bagi Dropdown dan jenis lain | Ya |
| Template borang dan e-mel list | Ya. Template default sistem menggantikan template yang anda off-kan di Templates to copy. |
| Subscriber | Tidak |
| Segment | Tidak |
Templates to copy
Section titled “Templates to copy”Bahagian Templates to copy ada 13 template list. Setiap template ada suis sendiri dan penerangan pendek di bawah namanya. Semua suis on secara default.
| Kumpulan | Template |
|---|---|
| Langganan | Public signup page, Confirmation page, Confirmation email, Thank-you page, Welcome email |
| Unsubscribe | Unsubscribe form, Success page, Goodbye email, Unsubscribe notification |
| Kemas kini profil | Update email, Update form, Success page, Email sent page |
Off-kan suis jika anda mahu list baru menggunakan template default sistem. Jika suis on, list baru menggunakan versi yang anda ubah dalam list lama.
Isu-isu biasa
Kenapa list yang di-copy tiada subscriber?
Copy list hanya meng-copy tetapan, list field dan template. Subscriber tidak di-copy. Untuk memindahkan subscriber ke list lain, gunakan tindakan pukal Copy to atau Move to di page subscriber.
Adakah segment juga di-copy?
Tidak. List baru bermula tanpa subscriber dan tanpa segment. Cipta semula segment yang anda perlukan.
Kenapa saya tidak dapat copy list?
Salinan dikira sebagai list baru. Jika bilangan list anda sudah mencapai had pelan, console tidak akan mencipta salinan itu.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. Chat di Messenger dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.
