# Kongsi page pendaftaran list (public signup page)

> Setiap list mempunyai page pendaftaran sendiri yang boleh anda kongsi di media sosial, WhatsApp atau e-mel, walaupun anda tiada laman web.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/signup-page/

Setiap list dalam Mail Niaga mempunyai page pendaftaran awam (**Public signup page**). Kongsi link page itu di bio Instagram, status WhatsApp, e-mel atau poster. Orang ramai boleh melanggan list anda walaupun anda tiada laman web.

## Tiga cara mengumpul subscriber

Mail Niaga mempunyai tiga cara untuk pelawat melanggan list anda. Pilih cara mengikut tempat anda mahu mengumpul subscriber:

| Cara | Di mana | Sesuai apabila |
|---|---|---|
| Borang popup | **Audience** → **Forms** | Anda mempunyai laman web dan mahu borang muncul di atas page. Lihat [Cipta borang popup](https://docs.mailniaga.com/ms/forms/). |
| **Embedded form** | **Forms / Pages** → **Embedded form** dalam list | Anda mahu paste kod HTML borang terus ke dalam page laman web anda. |
| **Public signup page** | **Forms / Pages** → **Public signup page** dalam list | Anda tiada laman web, atau mahu satu link untuk dikongsi. |

## Dapatkan link page pendaftaran

Ikut langkah ini untuk copy link:

1. Pergi ke **Audience** → **Lists** dan buka list anda.
2. Klik **Forms / Pages** → **Public signup page**.

   *(Screenshot: Menu Forms / Pages dengan Public signup page)*

3. Copy link di **Public signup page URL**.

   *(Screenshot: Public signup page URL di page template)*

Setiap list mempunyai link sendiri. Pastikan anda membuka list yang betul sebelum link itu di-copy.

## Apa yang pelawat lihat

Page pendaftaran menunjukkan nama list anda, list field seperti **Email**, **First name** dan **Last name**, kotak persetujuan terma dan butang **Subscribe**. Klik **Preview** untuk melihat page ini sebelum anda berkongsi link.

*(Screenshot: Page pendaftaran yang pelawat lihat)*

Secara default, teks page ini dalam bahasa Inggeris. Tukar teks dan rupa page supaya sesuai dengan jenama anda.

## Ubah rupa page

Ikut langkah ini untuk mengubah page pendaftaran:

1. Buka **Forms / Pages** → **Public signup page** dalam list anda.
2. Klik **Open builder** untuk mengubahnya dengan builder, atau **Use HTML editor** untuk paste HTML anda sendiri.
3. Klik **Preview** untuk menyemak hasilnya.

Butiran tentang builder, HTML editor dan **Reset to default** terdapat dalam [Ubah page dan e-mel langganan list](https://docs.mailniaga.com/ms/list-pages/).

## Tips

- **Tukar teks default sebelum anda berkongsi link.** Page default menggunakan teks contoh dalam bahasa Inggeris, jadi pelawat mungkin keliru.
- **Gunakan satu list untuk satu tujuan.** Link pendaftaran terikat pada satu list. Jadi list khas untuk satu kempen atau acara lebih mudah diurus.

## Isu biasa

### Bagaimana orang boleh melanggan list saya jika saya tiada laman web?

Kongsi Public signup page URL list anda. Link itu membuka page pendaftaran yang Mail Niaga sediakan. Jadi anda tidak memerlukan laman web sendiri.

### Di mana menu "Sign Up Form" dan "Sign Up Form URL" yang lama?

Menu itu sudah bertukar. Buka list anda, kemudian klik Forms / Pages → Public signup page. Link page itu terdapat di Public signup page URL.

### Boleh saya menukar rupa page pendaftaran?

Boleh. Klik Open builder untuk mengubahnya dengan builder, atau Use HTML editor untuk paste HTML anda sendiri. Lihat Ubah page dan e-mel langganan list (/ms/list-pages/).
