# Tukar tetapan list

> Tukar nama list, nama dan e-mel pengirim, Double opt-in dan tetapan langganan lain bagi list yang sedia ada dalam console Mail Niaga.
>
> Source: https://docs.mailniaga.com/ms/list-settings/

Gunakan tetapan list untuk menukar nama list, serta nama dan alamat e-mel pengirim. Anda juga boleh menukar cara orang melanggan dan berhenti melanggan list itu. Perubahan ini disimpan untuk list itu sahaja.

## Buka tetapan list

Ikut langkah ini dalam console Mail Niaga:

1. Klik **Audience** → **Lists**.
2. Klik butang **...** pada baris list yang anda mahu tukar.
3. Klik **Settings**.

   *(Screenshot: Menu baris list dengan pilihan Settings ditanda)*

Jika list itu sudah dibuka, klik tab **Settings** di bahagian atas page list.

## Tukar & simpan tetapan

Ikut langkah ini untuk menyimpan tetapan baru:

1. Tukar **List name**, **From name** atau **From email** di bahagian **List details**.
2. Di bahagian **Subscription settings**, on-kan atau off-kan **Double opt-in**, **Send welcome email** dan **Unsubscribe notification**.
3. Klik **Save settings**. Klik **Cancel** jika anda tidak mahu menyimpan perubahan.

   *(Screenshot: Tab Settings bagi list, dengan butang Save settings ditanda)*

Selepas anda menyimpan tetapan, console membuka page **Overview** list itu dan menunjukkan mesej "List updated successfully".

Fungsi setiap tetapan diterangkan dalam [Cipta list baru](https://docs.mailniaga.com/ms/lists/#ruangan-dan-tetapan-list).

> **Caution**
> **From email** mesti menggunakan alamat pada [domain yang sudah disahkan](https://docs.mailniaga.com/ms/sending-domains/) untuk akaun anda. Jika tidak, tetapan tidak disimpan.

## Bahagian untuk sesetengah pelan

Sesetengah pelan mempunyai dua bahagian tambahan dalam tetapan list:

| Bahagian | Tetapan | Fungsi |
|---|---|---|
| **Sending server** | **Default sending server** | Pilih server yang menghantar e-mel list ini. Pilih **Random (use all available servers)** untuk menggunakan semua server secara bergilir. |
| **Branded links** | **Branded link domain** | Link pengesahan, link kemas kini profil dan link unsubscribe dalam e-mel list ini menggunakan domain anda sendiri. Pilih **None (use this installation's domain)** untuk menggunakan domain Mail Niaga. |

Jika anda belum mempunyai domain yang disahkan untuk **Branded links**, console menunjukkan "No verified domain yet". Tambah dan sahkan domain anda dahulu di menu **Sending**. Lihat [Tambah dan sahkan sending domain](https://docs.mailniaga.com/ms/sending-domains/).

## Jika tetapan tidak dapat disimpan

Jadual ini menerangkan mesej ralat yang biasa:

| Mesej | Sebab |
|---|---|
| "The From address ... is not verified for sending through ..." | **From email** bukan pada domain yang disahkan untuk akaun anda. |
| "Your plan does not include branded link domains." | Pelan anda tidak termasuk **Branded links**. |
| "That domain is not available for this list." | Domain yang dipilih belum disahkan, atau bukan milik akaun anda. |

## Isu biasa

### Di mana saya boleh menukar alamat, telefon atau nama syarikat bagi list?

Tetapan list kini hanya mempunyai nama list, nama dan e-mel pengirim, serta tetapan langganan. Bahagian maklumat syarikat dalam versi lama sudah tiada.

### Kenapa From email saya ditolak semasa saya menyimpan tetapan?

Alamat pengirim mesti pada domain yang sudah disahkan untuk akaun anda. Mesej ralat bermula dengan "The From address". Sahkan sending domain anda dahulu, kemudian simpan semula.

### Adakah perubahan tetapan memberi kesan kepada kempen yang sudah dihantar?

Tidak. Kempen yang sudah dihantar tidak berubah. Perubahan hanya berkuat kuasa selepas anda klik Save settings.
